Sudah berbuka semua?....... Alhamdullillah kan,dah hampir 20 hari kita semua berpuasa kan......sekejap jerr rasanya,dah mula rasa akan merindui bulan Ramadhan lagi kan....bulan yang penuh barakah....bulan yang penuh dengan ibadah,bulan yang dapat mengikis dosa.....sempat tak agaknya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun depan?insya Allah...... Lailatul Qadar kurniaan yang tak terhingga untuk umat Muhammad (s.a.w) yang umur nya tak sepanjang umat2 yang terdahulu,satu malam yang istimewa itu umpama 1000 bulan....ibadah satu malam umpama beribadah 1000 bulan,lumayannn...... itulah peluang! ...... 10 hari terakhir Ramadhan menjadi rahsianya.
Apa kena mengena cerita ini ngan Ikan Siakap Stim Cik Yang ......
Gini......,Cik Yang akan fikir2kan apa menu nak masak pada 10 hari terakhir...... walaupun kebiasaanya pada 10 hari terakhir Ramadhan,wanita seperti Cik Yang sering di beri cuti ABC (Allah Beri Cuti-bahasa anak2) tetapi Cik Yang tak mau terlepas untuk mendapat ganjaran malam yang istimewa ini..... so Cik Yang akan pastikan seisi rumah senang untuk bangun malam dan mengimarahkan malam2 ini..... Cik Yang akan pastikan menu yang dimasak tidak terlalu berat,senang dihadam, dengan itu "rakyat jelata" seisi rumah akan senang bangun untuk bertahajud.....insya Allah,tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah jua......... <3>3>
Disini Cik Yang kongsi ngan uols Ikan Siakap Stim Cik Yang eh.....
bawang putih,halia,cili merah,cili api,serai di hiris nipis...bawang besar holland dihiris bulat2 dan sehiris lemon.
Inilah rupanya Ikan Siakap Stim Cik Yang ............ sedap dan segar,yang pastinya makanan begini akan dihadamkan dalam masa 2 jam sahaja.....perut akan rasa sangat selesa......InsyaAllah,selamat beramal dan mencuba,
resepi:-
Seekor Ikan siakap dibersihkan di potong dua,dilumur ngan garam,serbuk lada hitam,serbuk kayu manis dan tepung jagung.....dikukus.....sementara itu tumis bawang putih dengan satu sudu kecil minyak zaitun....masukkan semua bahan hirisan dan tambah satu setengah cawan air...... biar menggelegak (haaa..... lama tak guna perkataan ini)........tambah sedikit garam,gula dan satu sudu kecil kicap (kalau suka boleh ganti sos tiram....Cik Yang takleh guna sbb seisi rumah alergi)......akhir sekali perah hirisan lemon.....sesuaikan rasa,jika ok......siramkan kedalam kukusan ikan tadi.....biar seketika dan diangkat....siap dalam masa 25 minit sahaja......ok,bereh!
apa beza mun kita sik tumis bahan-bahan ya kak..slalu buat kan sebelum kukus tu campak2 jak atas ikan eh...
ReplyDelete