As salam
Harini Makngah tunggu Atok,ayahanda Makngah..... katanya nak datang tidur rumah Makngah untuk dua tiga harini.....Alhamdullillah ☺
Makngah fikir apa ya yang nak dimasakkan untuk Atok,kalau boleh nak buatkan yang special untuk Atok sebagai ingatan dan merai Atok,inshaAllah. Oh ya Makngah teringat Atok pernah bagitau secara tak sengaja masa sembang2 ketika bawa Atok followup kat KPJ aritu,katanya teringin nak makan ketam. Makngah balik dari kerja kat LPPKN tadi singgah Family Store,dekat je dari rumah Makngah. Makngah beli 4 ekor,Alhamdullillah besar2 (rezeki Atok) dan padat isiinya,betina belaka....Allahyarham emak kata kalau betina isinya banyak tapi sepitnya kecil berbanding yang jantan. Makngah masak kegemaran Atok,Masak Lomak Cili Padi Ketam Daun Kunyit. Harum 😀☺😊 Alhamdullillah,nampaknya Atok suka tuu....ketika Makngah menulis nii,Atok sedang menjamu selera 😃
Resepi:
Ketam,4 ekor bersihkan,potong dua.....cili padi dalam 25biji ditumbuk lumat bersama 2inci kunyit hidup....masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air,dimasakkan seketika,hingga air kering setengah bahagian kemudian masukkan santan dari sebiji setengah kelapa hingga paras hampir tenggelam ketam2 tuu dan juga 2 batang serai yang telah dititik bersama 2 keping asam gelugur...masakkan hingga mendidih santan,kacau dua tiga kali,kemudian masukkan daun kunyit yang telah diracik kasar,rasa garam...kacau dua tiga kali lagi....dah siap! 😃😆😎
Selamat Mencuba 💜