Total Pageviews

Monday, June 21, 2010

Sup Ayam Istimewa
















Sup Ayam
Baru jer balik dari menziarahi kawan yg kena admit di Hospital Columbia...sakit tulang belakang katanya...PID.  Sampai jer dirumah,heayyy semua dah balik rupanya,anak2 dan suami...semua kata dah lapar...aduh!apa nak masak ya?
Masak Sup Ayam jer lah.
konsider balance diet juga ni.



bahan-bahannya:

1 ekor ayam sederhana besar dipotong kecil dan dibersihkan,sebaiknya dibuang kulit(1kg,cukup2 utk kami anak beranak)
5 biji kentang di kupas kulit dan dibersihkan(rendam dlm sedikit air supaya ianya tidak hitam)
1 batang lobak merah dipotong jejari kasar2.
3 batang serai dititik
2 - 3 sudu besar rempah sup dibancuh dengan air panas menjadi pes

bahan penumis

4 beradik(kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga)
2 ulas bawang merah diracik halus
1 ulas bawang putih diracik halus

bahan kisar

5 - 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
kalau suka tambah 1 biji bawang besar(holland lagi best)
5 - 6 biji lada hitam

cara2nya

-masukkan minyak sayur2an di dalam periuk(sedikit ajer,2 -3 sudu besar,ayam akan mengeluarkan minyak - lemak!!!)
-tumiskan bahan penumis,agak garing masukkan bahan kisar,tambah garam sedikit dahulu(petua nak bagi bahan kisar cepat naik minyak),setelah itu tambahkan pes sup tadi,klu pekat sangat tambah air....biarkab meredih agar bahan2 masak sempurna (nanti sup tahan lama)....
-setalah nampak naik minyak dengan sempurna tambahkan air panas secukupnya(1 - 1.5 liter),biarkan betul2 mendidih baru masukkan ayam dan serai(megekalkan kesegaran dan jus dlm ayam terpelihara).....jgn dikacau,biar ayam masak dahulu baru dikacau(mengelakkan bau hancir ayam)........tambah kentang, garam dan gula(1/2 sudu kecil) secukupnya,saya tidak menggunakan bahan perasa langsung(tak tahan,pening kepala)....biar ayam dan kentang agak empuk,barulah dimasukkan lobak merah atau klu suka batang saleri pun best gak!........masak sekejap dan boleh lah dihidangkan,ditaburkan daun sup dan bawang goreng(kepada yang suka pedas,boleh tambah cili padi sebiji2 atau diracik)...........best dimakan ketika panas2.....Selamat Mencuba Dan Beramal.

Nasi Arab Damsyik kambing dan ayam







Nasi Arab Damsyik kat Taman Baguenville,Jln Senawang Paroi.  ermm memang sedap!......nasi minyak lembut dan butirnya panjang2,beras basmathi Pusa kot.....yang bestnya kambing dan ayamnya dikukus.....so tak berminyak,ayamnya juicy....daging kambing pula,cukup empuk,lembut.......ada salad timun ngan tomato Salsa.  Dihidangkan dalam dulang besar untuk 4 orang (rm.36) bersama yogurt dan sos pedas,rasa macam ada campuran cili,tomato kisar dan daun pudina je.........memang ada kelaian,kami sekeluarga pekena dengan air teh limau pudina.....menyegarkan!.........disini saya turunkan satu petua.....sebaiknya kalau kita nak makan,mulakan dengan salad atau buah2an kerana dengan cara ini sistem penghadaman akan menyediakan enzim2 dengan secukupnya untuk menghadamkan dan membaur bahan2 terutamanya lemak2 yang dimakan.....InsyaAllah kita akan kekal sihat dan mendapat manafaat dari apa yang kita makan.......berhenti sebelum kenyang!  Selamat mencuba.

Sunday, June 20, 2010

Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap Kak Ngah
Masakan ini kegemaran Kak Ngah Soofea (anak akak yg nombor 2),sedap dimakan bersama roti francis atau nasi putih......disimpan semalaman bertambah sedap sebenarnya...  Boleh cuba resepi ini,bahan2 pun tak banyak diperlukan....Selamat Mencuba Dan Beramal.

Bahan2nya
Daging 600gms bersihkan dan diracik2 sederhana tebal,perap dengan 1 1/2 sudu besar sos cili dan 1 1/2 sudu besar kicap lemak manis (selalu guna cap kipas udang),tambahkan 1 sk jintan manis dan 1 sk jintan putih (perap tak lama pun takpa,10 ke 15 min aje, sementara menyiapkan bahan2 yang lain,klu nak sedap lagi, peraplah lama sikit + 30 min.)masakkan dalam *pressure cooker* dgn air yg sedikit(1oomls) selama 10 min.Asingkan daging dan air rebusan sekiranya masih tersisa.
_ kicap lemak manis 5sb,sos cili 3sb
_ boleh tambah cili boh jika suka(1sb)
bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia 1 1/2 sudu lada hitam
1 1/2 sk lada hitam
bahan hiasan
2 biji bawang besar(bawang holland lagi best) dihiris bulat
cili merah atau lada benggala merah,kuning pun okay
daun sup atau daun ketumbar di potong kasar
2 biji buah tomato di racik 6 bahagian
cara2nya
_ panaskan sedikit minyak (3 sudu basar),goreng daging agar kering sedikit kemudian diangkat dan diketepikan.
_ tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak,tambahkan air rebusan,biarkan ia agak kering barulah di masukkan daging dan bawang besar.
_ siramkan kicap dan cili sos,campakkan tomato dan akhir sekali cili merah atau lada benggala.Dihidangkan bersama daun saleri cina(daun sup).
CUBALAH!!! senangkan!!!