Total Pageviews

Sunday, June 20, 2010

Daging Masak Kicap


Daging Masak Kicap Kak Ngah
Masakan ini kegemaran Kak Ngah Soofea (anak akak yg nombor 2),sedap dimakan bersama roti francis atau nasi putih......disimpan semalaman bertambah sedap sebenarnya...  Boleh cuba resepi ini,bahan2 pun tak banyak diperlukan....Selamat Mencuba Dan Beramal.

Bahan2nya
Daging 600gms bersihkan dan diracik2 sederhana tebal,perap dengan 1 1/2 sudu besar sos cili dan 1 1/2 sudu besar kicap lemak manis (selalu guna cap kipas udang),tambahkan 1 sk jintan manis dan 1 sk jintan putih (perap tak lama pun takpa,10 ke 15 min aje, sementara menyiapkan bahan2 yang lain,klu nak sedap lagi, peraplah lama sikit + 30 min.)masakkan dalam *pressure cooker* dgn air yg sedikit(1oomls) selama 10 min.Asingkan daging dan air rebusan sekiranya masih tersisa.
_ kicap lemak manis 5sb,sos cili 3sb
_ boleh tambah cili boh jika suka(1sb)
bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia 1 1/2 sudu lada hitam
1 1/2 sk lada hitam
bahan hiasan
2 biji bawang besar(bawang holland lagi best) dihiris bulat
cili merah atau lada benggala merah,kuning pun okay
daun sup atau daun ketumbar di potong kasar
2 biji buah tomato di racik 6 bahagian
cara2nya
_ panaskan sedikit minyak (3 sudu basar),goreng daging agar kering sedikit kemudian diangkat dan diketepikan.
_ tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak,tambahkan air rebusan,biarkan ia agak kering barulah di masukkan daging dan bawang besar.
_ siramkan kicap dan cili sos,campakkan tomato dan akhir sekali cili merah atau lada benggala.Dihidangkan bersama daun saleri cina(daun sup).
CUBALAH!!! senangkan!!!

2 comments:

  1. boleh cuba perapkan & masak dgn kismis lagi lemak dan terangkat rasanya, xperlu gula agik

    ReplyDelete
  2. yezzz...tqvm mamisarm..akan ku cuba....ala2 masak hitam owh..nyaman ya sarm.

    ReplyDelete