Total Pageviews

Thursday, July 29, 2010

KEK COKLAT KUKUS

Bunga-bunga CinTa kami....Semoga kehidupan

ini sehingga hujung Nyawa dirahmati Allah.....

Hidup dan mati kami didalam Keimanan........

Sujud Syukur Padamu Ya Allah Atas Segala CINTA...........














KEK COKLAT KUKUS (resepi kawanku Rodiah)
Salam semua......salam Hari Jumaat,hari ini sangat special bagi kami sekeluarga......... 30hb Julai 1995 (15 tahun lalu) seorang baby comey telah selamat dilahirkan ke dunia ini...PPUM jam 11.06am menjadi saksi......anak diberi nama yang sangat indah...Dayang Amirah Damia bt. Hamdan......ermm today is my 1st gal's besday,I Love u darlingg.....Semoga Allah mengizinkan kejayaan di dunia dan di akhirat,dirahmati Allah selalu dan disayangi,disenangi rakan2 dan taulan (guru2 juga).......InsyaAllah.

Resepi best nii...mesti dicuba!....anak2 mesti minta dibuatkan lagi kalau dah cuba sekali 😆


bahan2:
2 cawan tepung serbaguna(tepung gandum beso yo!)
2 cawan gula pasir (jgn penuh sgt..nanti manis baget!)
1 cawan serbuk koko(imported lagi best! )
1 buku butter(250 gms)....guna golden churn,baru best!...anchor pun okay!
4 biji telur ayam
susu sejat Ideal 1 tin
1 camca kecil baking powder
1 camca kecil soda bikarbonat
sedikit vanilla sebagai pewangi
cara2nya:
Ayak tepung ,serbuk koko,baking powder n soda bikarbonat kedalam satu bekas dan ketepikan.
Putar gula ngan butter,tambah telur satu persatu ,dah rata masukkan campuran tepung tadi berselang seli ngan susu cair tadikk sehingga abisss.....dah rata semuanya,masukkan ke dalam loyang yang telah dilencer ngan majerin dan ditabur campuran tepung ngan serbuk koko (petua supaya apa2 kek coklat rasa lebih kecoklatannya....haaa rasanya bermula dari luar lagiii!!!!).
Kukuskan kek ini selama 50 minit pada paras 45 dgree pada dapur gas........bancuhan kek hendaklah ditutup ngan plastik agar air kukusan tidak menitik kedalamnya....lihat gambar ya!!!
Setelah kek masak, hendaklah dibiarkan betul2 sejuk....biasanya saya biarkan semalaman atau masukkan ajerr kedalam petiais (biarlah dah sejuk sket,barulah masukkan....kang rosak lak petiais).......kemudian barulah tambah ganache.....ikut kreativiti kengkawanlah ya!!!.
emmm...senang kannnn.....Selamat Mencoba dan Beramal.
Lepas Solat Jumaat...kami anak beranak akan berangkat ke sekolah Kak Long Damia,untuk celebrate besday!!!! ala kadar sahaja...yang penting air tangan ibu!!!!

Wednesday, July 28, 2010

BUAH REDAN






Buah REDAN

Buah Redan nama di beri,
Diberi makan orang bangsawan,
sudahlah lama hamba berhenti,salam sejahtera,selamat bersiaran.

Salam bersiaran sekali lagi.....Ramadhan pun tak berapa lama lagi,selamat tinggal Syaaban,selamat tinggal Rejab..........hingga ketemu di tahun depan,insyaAllah.........(Syaaban digelar bulan Rasul,rejab digelar bulan Allah dan Ramadhan di gelar bulan Umat....kenapa?  hanya Allah yang maha mengetauinya).

Berbalik kepada buah Redan,hampir semua orang(kebanyakan) suka akan kuih ini... tambah2 bila Hari Raya....dulu2 masa zaman kanak2 kuih ini cuma datang setahun sekali tapi ler ni tak susah nak cari,banyak di jual di kedai2 atau gerai2 tepi jalan...saya baru petama kali cuba buat ni...saya nak try tengok jadi ke tidak...hussh....syok giler,best tekau... ..menjadi!,horey!horey!...ada kuih raya saya tahun ni...haaaaa dek sobab menjadik jadi bolehlah share ngan kawan2 semua....Layan lah resepi kat bawah ya! ......resepi diambil dari buku resepi kak Long Liza yang bersepah-sepah kat ngumah omak tuu....eeee.


bahan2:
1 kampit tepung pulut
1/2 kotak santan (ayam brand) atau 1 paket serbuk santan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar air kapur
1 1/2 sudu kecil perasa ros atau apa2 perasa yg puan2 atau tuan2 suka(ini saya yang suka2 tambah)
air secukupnya
Bijan secukupnya
minyak untuk mengoreng

cara2nya:
campurkan kesemua bahan2 kedalam satu mangkok dan diuli sehingga sedang2 licak atau lembut,gentil2kan bentuk berbola, saiz ikut kesukaan kengkawan...buatlah comey2 baru cantik.... barulah best hasilnya....hasil gentilan itu campakkan ajer kedalam mangkok berisi bijan...lumurkan,dah banyak hasil gentilan yang berlumur bijan,barulah digoreng dgn api yang perlahan....biarkan betul2 kekuningan barulah diangkat dan ditoskan,biarkan betul2 sejuk...barulah rangup,berderak-derak.......taadaaa siap untuk dihidang dan dinikmati....

Selamat Mencuba dan Beramal.

Monday, July 5, 2010

Ayam Briyani Sihat


Ayam Briyani Sihat katanya.... sesiapa sahaja boleh mencubanya tanpa rasa bersalah... takut2 terlebih cholesterol katanya,bolehlah cuba ganti santan ngan yohgurt

bahan2

_1 ekor ayam sederhana besar,dipotong 14,dibuang kulit dan
dibersihkan
_5 labu kentang,dikupas kulitnya,dibersihkan dan diredam dalam mangkok berisi sedikit air
_5labu bawang besar,dikupas kulit arinya,dibersihkan dan dipotong 4 tapi tak putus
_3 biji lada merah dan 3 biji lada hijau dibersih dan dibelah tengah tapi tak putus
_1 kotak kecil yohgurt (low fat) perasa natural
_sehiris lemon atau limau nipis
_garam secukup rasa dan gula (anggaran 1/2 - 1 sudu kecil)
_sedikit daun ketumbar (klu suka),tak ada pun takpa
_ 1 1/2 paket rempah briyani faizah
_sedikit minyak sayur2an untuk menumis (2 -3 sudu besar)

bahan penumis

Penumis 4 beradik(kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)
daun pandan - 2 helai,disimpulkan...

bahan kisar

6 -7 ulas bawang merah
3 -4 ulas bawang putih
4 -5 ulas buah keras
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 - 3 batang serai

cara2nya

panaskan minyak untuk menumis......masukkan daun pandan dan bahan2 penumis,setelah terbit bau,masukkan bahan kisar dan garam,goreng sehingga terbit minyak/garing sedikit,kemudian masukkan pes briyani Faizah.....biarkan seketika ia mereneh.....masukkan ayam,balik2kan ayam biar ia rata beroles rempah, bila ayam agak kecut,masukkan sedikit air( 800 - 1000mls) bersama kentang....biarkan kentang dan ayam empuk sedikit,masukkan yohgurt,rasa garam dan gula(adjas2ler...).......akhir sekali perah sedikit jus lemon atau limau(jgn sampai masam sangat..sebab yohgurt sendiri pun dah masam...).......cubalah... InsyaAllah makanan ini berkhasiat.....enak dimakan bersama nasi atau roti (roti arab lagi best).....cuma pesanan saya,berhenti MAKAN sebelum kenyang!.... SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL

Saturday, July 3, 2010

Rich Oreo Choc Brownies Dr. Ina Har......




SALAM semua.. chak!

Rich Oreo Chocolate Brownies..... ermm memang sedap!.

pertama kali akak rasa brownies ni kat Awana Kijal masa reunion MedicUSM92 (ingat gii,masa tu kat area swimming pool.... Dr Asniza dengan anak2nya serta akak dengan anak2 akak menghabiskan semua brownies dalam tupperware tuu.....huiiis takdo sogan2 doo) haaaaa sape lagi kalau bukan inot yang masak.... Dr.Inahar, kawan masa kat USM,dari zaman Matrikulasi hinggalah ke sekolah Medic.... macam tak caye jer dia masak.....dulu2 masa kat USM tak nampak belangnya...tuarr kalau ada kemahuan di situ ada highway...hehehe.....sekarang nko.jgn main2 uishhh cuba korang layari blog masak2 dia.... Inahar's cooking time!....best nkooo,macam2 dia masak.....inot! minta izin siarkan reserpi brownies ni ek ...makaseh inot.. Selamat Mencuba dan Beramal.

bahan2nya:
-225 gm butter
-240 cooking choc.
-3 biji telur ayam (large)
-1 sudu teh serbuk kopi
-1 sudu teh esen vanilla
-250gm gula castor(saya kurangkan sket-180gm)
-60 gm tepung,40gm serbuk koko,1/2 sudu besar BP,1 sudu kecil garam.....semuanya diayak bersama.
-1 1/2 packs oreo cookies-break n mix with 15gm flour....dlm percubaan kali ni akak guna oreo double cream peanut butter n choc.

cara2nya:
-cairkan chocolate n add butter,stirr till smooth.
-pukul telur,serbuk kopi,esen vanilla sehingga rata kemudian masukkan ke dalam bancuhan chocolate.
-masukkan adunan tepung yang telah diayak,gaul rata dan akhir sekali masukkan kepingan biskut oreo.
-bolehlah dibakar di dalam loyang non-stick bersaiz 8" pada kepanasan oven 170`c selama 45 min.


Friday, July 2, 2010

Rumahku syurgaku........KD GARDENS















RUMAHKU SYURGAKU........Alhamdullillah inilah rumah kami syurga kami kd gardens ..........walaupun tak seberapa tapi kami sekeluarga sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan...dibeli pada tahun 1998,masa zaman kemelesetan ekonomi...(gawat masa tu..1997-2000) dapat diskaun 35% lumayan!!!!,sebenarnya pesakit yang serasi datang buat rawatan di klinik tempat berkerja (dah jadi kawan n jiran lerr ni...) yang rekomen beli!!.... Dik Nor (makaceh ya!).....projek ni terbengkalai sekejap,banyak loan yang tak lepas... jadi pemaju jual macam goreng pisang!! saper nak??.....kebetulan n mungkin rezeki kami sekeluarga,kami mendapat peluang itu,ALHAMDULLILLAH... kd-gardens nama di beri,diduduki sejak tahun 2000 ... kami pindah masuk ke mari ketika anak kami yang ketiga baru dilahirkan...