Total Pageviews

Monday, June 21, 2010

Sup Ayam Istimewa

Sup Ayam Istimewa


Istimewa ke?????? ia jadi istimewa sebab pada ari ni itulah satu2nya lauk yang dimasak......jadi ia istimewalah!!!!! the only one!!! sebab nak cepat,semua ahli keluarga dah lapar.......baru balik dari menziarah kawan (admitted) di Hospital Columbia...sakit tulang belakang(PID).......jom layan resepi ini............best di makan bersama nasi putih,bubur nasi atau roti...cubalah!!!....consider balance diet tau!!!!.................



bahan-bahannya:

1 ekor ayam sederhana besar dipotong kecil dan dibersihkan,sebaiknya dibuang kulit(1kg,cukup2 utk kami anak beranak)
5 biji kentang di kupas kulit dan dibersihkan(rendam dlm sedikit air supaya ianya tidak hitam)
1 batang lobak merah dipotong jejari kasar2.
3 batang serai dititik
2 - 3 sudu besar rempah sup dibancuh dengan air panas menjadi pes

bahan penumis

4 beradik(kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga)
2 ulas bawang merah diracik halus
1 ulas bawang putih diracik halus

bahan kisar

5 - 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
kalau suka tambah 1 biji bawang besar(holland lagi best)
5 - 6 biji lada hitam

cara2nya

-masukkan minyak sayur2an di dalam periuk(sedikit ajer,2 -3 sudu besar,ayam akan mengeluarkan minyak - lemak!!!)
-tumiskan bahan penumis,agak garing masukkan bahan kisar,tambah garam sedikit dahulu(petua nak bagi bahan kisar cepat naik minyak),setelah itu tambahkan pes sup tadi,klu pekat sangat tambah air....biarkab meredih agar bahan2 masak sempurna (nanti sup tahan lama)....
-setalah nampak naik minyak dengan sempurna tambahkan air panas secukupnya(1 - 1.5 liter),biarkan betul2 mendidih baru masukkan ayam dan serai(megekalkan kesegaran dan jus dlm ayam terpelihara).....jgn dikacau,biar ayam masak dahulu baru dikacau(mengelakkan bau hancir ayam)........tambah kentang, garam dan gula(1/2 sudu kecil) secukupnya,saya tidak menggunakan bahan perasa langsung(tak tahan,pening kepala)....biar ayam dan kentang agak empuk,barulah dimasukkan lobak merah atau klu suka batang saleri pun best gak!........masak sekejap dan boleh lah dihidangkan,ditaburkan daun sup dan bawang goreng(kepada yang suka pedas,boleh tambah cili padi sebiji2 atau diracik)...........best dimakan ketika panas2.....Selamat Mencuba Dan Beramal.

Nasi Arab Damsyik kambing dan ayam


Nasi Arab Damsyik......kat Taman Baguenville,jalan Senawang Paroi.......emmmm not bad,sedap......nasi minyak???? lembut dan butirnya panjang2,beras basmathi mongul kot!!!!.........yang bestnya kambing dan ayamnya dikukus.....so tak berminyak!!!!!,ayamnya *juicy*!!!!!....daging kambing pula,cukup empuk,lembut!!!!.......ada salad timun ngan tomato.Dihidangkan dalam dulang besar untuk 4 orang (rm.36) bersama yogurt dan sos tomato.........memang ada kelaian,kami sekeluarga pekena dengan air teh limau pudina.....menyegarkan!!.........disini saya turunkan satu petua.....sebaiknya kalau kita nak makan,mulakan dengan salad atau buah2an kerana dengan cara ini sistem penghadaman akan menyediakan enzim2 dengan secukupnya untuk menghadamkan dan membaur bahan2 terutamanya lemak2 yang dimakan.....InsyaAllah kita akan kekal sihat dan mendapat manafaat dari apa yang kita makan.......berhenti sebelum kenyang!!!!....selamat mencuba dan beramal!!!!

Sunday, June 20, 2010

Daging Masak Kicap



Daging Masak Kicap Kak Ngah


Masakan ini kegemaran Kak Ngah Soofea (anak saya yang kedua) dan kebetulan saya yang memasaknya juga anak yang kedua........jadilah ia Daging Masak Kicap Kak Ngah....,sedap dimakan bersama roti francis atau nasi putih......disimpan semalaman pun masih sedap (bertambah sedap sebenarnya..... bila dah semalaman),untuk memasaknya pun simple dan senang......jom kita cuba,try,test,tengok!!!.................dah zasssss resepi kat bawah?????......senangkan!!!bahanpun tak banyak.....Selamat Mencuba Dan Beramal!!!!!



Bahan2nya

Daging 600gms bersihkan dan diracik2 sederhana tebal,perap dengan 1 1/2 sudu besar sos cili dan 1 1/2 sudu besar kicap lemak manis (selalu guna cap kipas udang),tambahkan 1 sk jintan manis dan 1 sk jintan putih (perap tak lama pun takpa,10 ke 15 min aje, sementara menyiapkan bahan2 yang lain,klu nak sedap lagi, peraplah lama sikit + 30 min.)masakkan dalam *pressure cooker* dgn air yg sedikit(1oomls) selama 10 min.Asingkan daging dan air rebusan sekiranya masih tersisa.

_ kicap lemak manis 5sb,sos cili 3sb

_ boleh tambah cili boh jika suka(1sb)

bahan kisar

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia 1 1/2 sudu lada hitam

1 1/2 sk lada hitam

bahan hiasan

2 biji bawang besar(bawang holland lagi best) dihiris bulat

cili merah atau lada benggala merah,kuning pun okay

daun sup atau daun ketumbar di potong kasar

2 biji buah tomato di racik 6 bahagian

cara2nya

_ panaskan sedikit minyak (3 sudu basar),goreng daging agar kering sedikit kemudian diangkat dan diketepikan.

_ tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak,tambahkan air rebusan,biarkan ia agak kering barulah di masukkan daging dan bawang besar.

_ siramkan kicap dan cili sos,campakkan tomato dan akhir sekali cili merah atau lada benggala.Dihidangkan bersama daun saleri cina(daun sup).

CUBALAH!!! senangkan!!!

Mee Hoon sup terdesak....


Mee hoon sup terdesak..........hari ini Isnin,so biasanya hari Isnin saya masuk kerja petang (2.00pm - 10.00pm)......sebelah pagi biasanya sibuk, sangat!!!!!!......awal pagi lepas siapkan anak2 ke sekolah,suami ke tempat kerja....saya seboleh-bolehnya akan luangkan masa untuk berjongging(biasanya di* lake garden* Seremban).....hingga jam 8.30am,ada kesempatan akan terus ke Masjid Negeri untuk Duha...santai!!!!,Otw balik rumah,saya akan singgah sebentar di Pasar Uda taman Dahlia atau ke Econsave untuk bebelanja dapur.....sampai rumah biasanya terus ke dapur....memasak untuk keluarga yang akan pulang pada jam 5.00pm - 6.00pm........dah siap memasak tapi selera tak ada nak makan apa yang di masak,tiba2 rasa nak makan mee hoon sup...so masak ajelah sikit untuk diri sendiri....mee hoon terdesaklah jadinya...resepi nanti ya!!! terdesak nak gi kerja nih!!!...dah lambat!!!