Total Pageviews

Monday, July 5, 2010

Ayam Briyani Sihat


Ayam Briyani Sihat katanya.... sesiapa sahaja boleh mencubanya tanpa rasa bersalah... takut2 terlebih cholesterol katanya,bolehlah cuba ganti santan ngan yohgurt

bahan2

_1 ekor ayam sederhana besar,dipotong 14,dibuang kulit dan
dibersihkan
_5 labu kentang,dikupas kulitnya,dibersihkan dan diredam dalam mangkok berisi sedikit air
_5labu bawang besar,dikupas kulit arinya,dibersihkan dan dipotong 4 tapi tak putus
_3 biji lada merah dan 3 biji lada hijau dibersih dan dibelah tengah tapi tak putus
_1 kotak kecil yohgurt (low fat) perasa natural
_sehiris lemon atau limau nipis
_garam secukup rasa dan gula (anggaran 1/2 - 1 sudu kecil)
_sedikit daun ketumbar (klu suka),tak ada pun takpa
_ 1 1/2 paket rempah briyani faizah
_sedikit minyak sayur2an untuk menumis (2 -3 sudu besar)

bahan penumis

Penumis 4 beradik(kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)
daun pandan - 2 helai,disimpulkan...

bahan kisar

6 -7 ulas bawang merah
3 -4 ulas bawang putih
4 -5 ulas buah keras
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 - 3 batang serai

cara2nya

panaskan minyak untuk menumis......masukkan daun pandan dan bahan2 penumis,setelah terbit bau,masukkan bahan kisar dan garam,goreng sehingga terbit minyak/garing sedikit,kemudian masukkan pes briyani Faizah.....biarkan seketika ia mereneh.....masukkan ayam,balik2kan ayam biar ia rata beroles rempah, bila ayam agak kecut,masukkan sedikit air( 800 - 1000mls) bersama kentang....biarkan kentang dan ayam empuk sedikit,masukkan yohgurt,rasa garam dan gula(adjas2ler...).......akhir sekali perah sedikit jus lemon atau limau(jgn sampai masam sangat..sebab yohgurt sendiri pun dah masam...).......cubalah... InsyaAllah makanan ini berkhasiat.....enak dimakan bersama nasi atau roti (roti arab lagi best).....cuma pesanan saya,berhenti MAKAN sebelum kenyang!.... SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL

2 comments:

  1. i loike cara2 u explain cara2 masak. very the understood one. pakai yogurt la owh kalau tak nak fat fat in the hip hip owh.

    ReplyDelete